Monday, October 26, 2009

5

Cinta itu milik bersama...


“ Hah?Okey-okey, kejap lagi aku sampai,” beritahu Nazrin. Nazrin mencium pipi mamanya.
“ Ma, Naz keluar dulu ya. Ada hal sikit. Faez call tadi. Bye, ma...See you tonight!” ucap Nazrin sambil berlari keluar.
“Naz, jangan lupa jemput kawan-kawan Naz ke rumah malam ni,”pesan Puan Sri Syahirah.
“Okey ma,” balas Nazrin. Puan Sri Syahirah hanya mengeleng melihat telatah puteranya yang seorang itu.
“ Morning, ma!” sapa Naqiuddin.






BAB 2
            Nazrin berpusing sekitar tasik itu. Baik kelibat Firdauz mahupun Nina tidak kelihatan disitu. Sedang elok dia duduk menikmati keindahan tasik itu, dia dikejutkan dengan jeritan rakan-rakannya.
            “Suprise!!!Happy Birthday, Naz!!” Nazrin termangu, birthday, dia, hari ini...Hari ini, 20 Mac... Hari lahirnya. Wajah Firdaus berubah kelat bila melihat reaksi Nazrin.
            “ Nazrin, kau lupa birthday kau lagi?” Nazrin hanya tersengih. Firdaus yang mulai bengang berpura-pura mahu mencekik Nazrin.
            “ Nina mana?” soal Nazrin.
            “ Happy Birthday Naz,” ucap Nina.
            “Thanks...Eh, jangan lupa malam ni. Macam dulu, rumah aku,” ingat Nazrin. Firdaus yang sedikit bengang dengan tingkah Nazrin tadi mula tersenyum.
“Nasib baik kau cepat pujuk aku...Kalau tak merajuklah aku dengan kau,” 
“Err, wajar ke aku pujuk kau?” dan tawa mereka berenam meletus.
“Dah, daripada layan korang yang tengah tak betul nie, jom kita makan kek,” gesa Ayuni.
“Yup, aku setuju. Jom, sayang.” Alia berpura-pura menyuapkan kek ke mulut Faez.
“ Weiyh!!Sudah-sudahlah buat drama romantika.” Marah Ayuni. Dan sekali lagi tawa mereka meletus.
“ So, korang beli mana kek ni?”soal Nazrin.

“Mana main beli, bro. Cik Nina kita yang buat kek nie,” tempelak Faez.

                   
“ So berapa bintang kau bagi dekat kek nie?” soal Firdaus selepas Nazrin menyuap sepotong kek ke dalam mulutnya. 5 pasang mata merenungnya menanti jawapan. Nazrin sengaja melambatkan kunyahannya.
“ Wei, cepatlah.” Marah Alia.
“Isy, cuba sabar-sabar sikit...Aku bagi 5 star la...Sedap kot kek ni,” beritahu Nazrin.
“ Ke, kau bagi 5 star sebab kek tu Nina yang buat?” soal Firdaus, cuba memerangkap Nazrin.
“Alah, kalau kau yang masak memang aku cakap kau nak bunuh aku...Suruh goreng nasi pun macam-macam aroma naik,” balas Nazrin. Serentak itu ketawa meletus. Firdaus mula mencebik dan sudah berkira-kira mahu mengerjakan Nazrin. Melihat wajah Firdaus itu, Nazrin segera membuka langkah seribu. Melarikan diri dari jejaka itu. Firdaus tanpa membuang masa mengejar Nazrin. Yang lain hanya mampu ketawa melihat telatah mereka berdua. Setelah penat berkejaran, Nazrin merebahkan diri disebelah Nina manakala Firdaus duduk disebelahnya.
“ Kan dah penat. Korang dua ni mengalahkan budak-budak la,” komen Nina  dalam tawa yang masih bersisa. Alia dan Ayuni mengangguk. Faez hanya mampu ketawa.
“ Yela tapi kalau tak buat cam tu,takkannya kau ketawa macam tu.” Balas Firdaus, kali ini giliran Nina pula marah.
“ Kau kan Daus,” tangan Nina merentangi Nazrin cuba untuk memukul Firdaus.
“ Hai, sapa yang budak-budak sekarang nie?” perli Nazrin. Dan tawa mereka kedengaran lagi. Gamat keadaan di tasik itu.

Wednesday, October 21, 2009

4

Cinta itu milik bersama...


“Aii, seingat abang lakan, Naz belajar komputer bukan sastera...”
               “Abang, dah berapa lama abang suka dekat kak Suria?” soal Nazrin. Naqiuddin tersenyum sebelum membuka cerita.
               “Abang dah lama sukakan dekat Suria.”
               “Mama tahu?”soal Nazrin lagi. Matanya merenung wajah abangnya. Naqiuddin tersenyum namun sesaat kemudian senyuman itu mati.
               “Mama tahu, papa pun sama. Dan papa dah warning abang, jangan nak malukan dia.” Nazrin mempamerkan riak tak puas hati.
               “ Cinta bukan untuk dipaksa. Kita tak boleh paksa untuk melupakan seseorang yang kita cintai.” Naqiuddin terdiam. Kata-kata adiknya itu meresap kedalam hatinya.
               “Abang, baik papa, mahupun mama tak kenal siapa kak Suria tu.” Naqiuddin memandang adiknya.
               “What do you mean, Naz?” Suria yang baru saja melangkah untuk menghantar minuman kepada mereka berdua terhenti.
               “ NZGraphics. Dimiliki oleh Suri Amani Nazrul Adha. Kak Suria adalah pewaris tunggal Nazrul Adha.” Dulang ditangan Suria terlepas. Bunyi kaca itu menarik minat semua orang. Kedengaran suara Tan Sri Rashidi meninggi. Naqiuddin dan Nazrin segera berlari ke pintu. Suria kaget. Tangannya segera mengutip serpihan kaca. Perlakuannya terhenti. Darah menitik laju. Kesakitan menjalar ke seluruh tangannya. Naqiuddin segera mencapai tangan Suria dan menariknya ke Laman Impiana. Sehelai sapu tangan di keluarkan dan tangan Suria dibalut. Haqimi menjengah dari beranda.
               “Is everything okey abang Naqi?” soalnya. Naqiuddin membalas,
               “Qimi tolong tengokkan tangan Suria ni.”  Haqimi segera berlari turun. Suara Tan Sri Rashidi bertanya kedengaran. Haqimi menjawab sekadarnya dan terus keluar. Syazrin dan Damia dilupakan. Tangan Suria diperiksa.
               “ The wound is deep, better abang bawa dia pergi klinik,” saran Haqimi. Naqiuddin mengangguk, baru saja dia mahu melangkah untuk mengambil kunci keretanya dia terperasan kereta Syazrin dibelakang keretanya.
               “Abang Naqi, biar Naz drive, kereta Naz dekat luar je,” tawar Nazrin. Naqiuddin akur. Dibantu Suria berdiri dan mereka bertiga berjalan ke kereta MyVi hitam milik Nazrin. Nazrin memandu MyVi-nya ke klinik berdekatan.  
            “ Morning, ma…” ucap Nazrin pagi itu. Puan Sri Syahirah mencium pipi anak lelaki bongsunya itu.
            “Morning, Naz. Awal bangun hari ni?”soal Puan Sri Syahirah. Nazrin tersengih sebelum menjawab,
            “ Ni macam selalu la Naz bangun dekat rumah sewa kitorang tu...Setiap hari Naz yang kena buat breakfast la ma...” Nazrin memeluk bahu mamanya sebelum mencium pipi mamanya. Dia duduk dimeja dan terus menikmati sarapan pagi. Sebaik saja dia selesai memakan sarapan, telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum, Faez...Hah ada apa ni sampai salam pun tak menyempat nak bagi?” soal Nazrin.

Pembaca