Cinta itu milik bersama...
Malam itu, sambil membawa beg kecil yang berisi pakaiannya, Nazrin melangkah longlai memasuki laman Villa Impiana. Matanya melilau ke sekitar laman.
“Nothing change much I guess.”bisik hatinya.Kakinya hampir ke depan pintu.
“Assalamualaikum,” ucapnya dan serentak itu tangannya menolak daun pintu yang tidak tertutup rapat itu. Nazrina Syazwanie yang kebetulan berada di ruang tamu segera memeluk adiknya yang telah lama tidak menjejakkan kaki ke Villa Impiana.
“Waalaikumusalam..Naz balik juga..Akak rindu betul dekat Naz,” ujar Nazrina.
“Aik, Syaz ada pun masih rindukan Naz?” tanya Nazrin. Pelik.
“Nazrin Syahmie is not Syazrin Nazmie, you said that once, Naz,” sampuk Daniel Haqimi, abang iparnya. Nazrin tersengih, masakan dia lupa, itu kata-kata yang di ucapkannya apabila membuat keputusan untuk tinggal bersama-sama teman-temannya.
“Erm, Kak Ina, abang Qimi, abg Naqi mana?” soal Nazrin.Rindu pada abang sulung kesayangannya itu.
“Abang Naqi dekat bilik dia, tadi ada dekat bawah lepas tu, tetiba je menghilang.”beritahu Nazrina.Haqimi memeluk bahu isterinya. Nazrin akhirnya membuat keputusan.
“Naz masuk bilik dulu la.”beritahu Nazrin. Sebaik saja kakinya mencecah ke anak tangga teratas, kedengaran suara papanya, Tan Sri Rashidi.
“Nazrin dah balik ke?”
“Erm..Dah pa,dia dekat atas.”beritahu Nazrina. Beg baju dan notebook nya dicampak ke atas katil, sebelum dia turut rebah di atas katilnya.Baru sahaja mahu melelapkan mata, telefon bimbitnya berbunyi.SMS dari Faez.
Naz, kau ddk umah parents ko sampai ble? Nazrin pelik. “Tiba-tiba je” getus hatinya.
Around 2days or less...Why???
Erm, cousin aq tumpang bilik kau bley x??Mlm nie je...
Yeah...Faez aq bru nk tdo...jgn disturb plz!!
Di sebelah sana Faez ketawa membaca pesanan Nazrin.
Baru saja Nazrin mahu tidur, pintu biliknya pula di ketuk.
“Naz, dinner, jom turun makan..” ajak Nazrina
“Naz nak mandi dulu...”beritahu Nazrin, tangannya mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air. Nazrina hanya melihat tingkah adiknya ketawa kecil.Naqiuddin pelik melihat Nazrina.
“Kenapa Ina?” soalnya. Nazrina berpaling.
“Abang Naqi!!Tu ha, adik kesayangan abang tu, tak berubah-ubah dari dulu...”beritahu Nazrina.Naqiuddin tersenyum.
“Papa, mama dah turun ke?” soal Naqiuddin.Nazrina menggeleng.
“Ok, abang nak mandi dulu,” ujar Naqiuddin.Nazrina mengangguk sebelum bertanya,
“Abang pergi mana tadi?”
“Secret, tapi abang tak ada kat rumah baru je balik,”beritahu Naqiuddin. Nazrina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ketika menjejakkan kaki ke anak tangga yang terakhir, Syazrin baru saja sampai bersama Damia. Tangannya melingkari pinggang Damia.
“Mia, meet my only sister, Nazrina Syazwanie.” Damia tersenyum. Nazrina hanya memandang. Haqimi yang kebetulan berada di situ menghampiri isterinya.Dia tahu isterinya jengkel melihat telatah Syazrin dan pemakaian Damia yang serupa baju budak-budak kecil itu.
Kedengaran suara Naqiuddin dan Nazrin sedang rancak berbual-bual. Malam itu Nazrin selesa memakai seluar pendek paras lutut berwarna hitam berserta sehelai T-shirt putih self-printing “I’M Different” Naqiuddin pula hanya mengenakan sehelai T-Shirt MU dengan sehelai seluar panjang. Nazrin terdiam sebaik sahaja melihat kelibat Damia bersama Syazrin. Naqiuddin turut sedar akan kehadiran tetamu pada malam itu.
“Baru balik, Syaz?”soal Naqiuddin.Nazrin diam di sebelah Naqiuddin. Sesekali matanya melihat ke arah Syazrin.Perasaannya?Usah disoal marah yang teramat kerana Syazrin tidak setia pada Nina.
“Welcome, so this is her Syaz?”soal Tan Sri Rashidi. Puan Sri Syahirah memandang tidak senang.
“Papa, mama, this is Damia Qistina. Mia, ni papa dan mama I,” kenal Syazrin.
“Apa khabar, Tan Sri, Puan Sri?”tanya Damia cuba beramah. Tan Sri Rashidi tersenyum lebar manakala Puan Sri Syahirah tersenyum hambar.
“Puan Sri, makan malam sudah siap dihidang,”beritahu Suria.Kesemua mereka bergerak ke ruang makan.
“Naz ni, makin sombong ya dengan mama,” usik Puan Sri Syahirah.Nazrin tersenyum dan memeluk bahu mamanya. Pipi Puan Sri Syahirah dicium.
“Mama yang sombong dengan Naz dulu.” Balas Nazrin.Puan Sri Syahirah mengusap kepala Nazrin.
“Jom makan, mama suruh Suria masakkan makanan favourite Naz,” beritahu Puan Sri Syahirah.Nazrin meninjau ruang makan. Mana abang Naqi? Kakinya melangkah melangkah ke dapur.
“Suria, please saya hanya nak awak kata ya,”rayu Naqiuddin. Nazrin terhenti di pintu dapur.
“Encik Naqiuddin, apa pula kata Tan Sri nanti.Tolonglah keluar,”pinta Suria. Naqiuddin enggan berganjak.
“Eh, Naz, buat apa depan pintu ni?”soal Haqimi. Naqiuddin dan Suria memandang ke arah pintu.Nazrin tersenyum.Wajah Suria memerah.
Saturday, September 05, 2009
2
tulisan Nina Aziz at Saturday, September 05, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 Perutusan:
Post a Comment