Friday, September 04, 2009

1


Faez, Firdaus dan Alia mulai menyedari perubahan pada tingkahlaku Nazrin terutamanya bila bersama Nina.Namun mereka gusar bagaimana kisah cinta tiga segi di hadapan mereka akan berakhir. Seorang pun tak pasti dengan segalanya, bilakah cerita ini bermula? Mereka tahu di hadapan mereka sedang berlangsungnya perlawanan cinta. Mampukah Ayuni memenangi hati Nazrin atau Nazrin masih mencurahkan cintanya pada Nina? Alia mengeluh.
" Kenapa Lia?" tanya Faez apabila terdengar keluhan pujaan hatinya itu. Serta-merta 5 pasang mata tertumpu pada Alia Emilda, teman baik Nina, top student Jabatan Architecture.
" Korang pandang aku macam tu, rasa cam artis pun ada," seloroh Alia.Ketawa memecah. Faez memahami, Alia pasti memikirkan tentang Nazrin, Nina, Syazrin dan Ayuni.
“Eh, korang tak bosan ke tiap-tiap tahun Mia Cinta Shah jer.Aku cam dah terbosan la...” adu Ayuni.Seperti biasa dia duduk disebelah Nazrin.Nina seolah-olah tenggelam dalam khayalannya, tidak ambil peduli hal sekeliling.
“Jom kita pecah record Mia Cinta Shah, this year kita kalahkan diorang nak??Aku rasa Prof Sarah sudi tolong kita.Setuju tak?”soal Firdaus kuat.Nina tersentak.
“What??”
“Kau ni, penat aku berkata-kata, kita beat Mia Cinta Shah nak tak cik Nurnina Natrah?” soal Firdaus.Nina tersenyum.
“Aku setuju.Tapi kita berlima cukup ke??”soal Nazrin.
“Assalamualaikum,”sapa Syazrin.Nazrin mengangkat tangan.Syazrin tersenyum manis sebelum duduk di sebelah Nina.
“Wa’alaikumusalam.”
“Nat sihat??”soal Syazrin.Nina hanya mengangguk. Syazrin Nazmie, pelajar jurusan perubatan, juga pemegang watak Shahril bersama Damia Qistina dalam sketsa ‘Mia Cinta Shah’ merupakan antara pelajar dalam kategori kacak dan romantis.Kini dia berpasangan dengan Nurnina Natrah, puteri jurusan Kejuruteraan Awam, atau lebih dikenali dengan nama Architecture.Ada juga ura-ura mengatakan lelaki terhangat itu kini berpacaran dengan pelakon wanita utama sketsa ‘Mia Cinta Shah’, kebenarannya, hanya tuan empunya badan lebih mengetahui.
“Naz, malam ni papa suruh balik, ada hal family,”pesan Syazrin kepada kembarnya.Nazrin hanya mengangguk.Wajahnya agak muram.Nazrin Syahmie pelajar terbaik jurusan Pengaturcaraan Komputer, juga merupakan pelajar terkacak di kolej itu.Desas-desus mengatakan Nazrin merupakan seorang playboy hanyalah jauh panggang dari api, kerana hanya mereka yang mengenali siapa Nazrin Syahmie mengetahui hakikat sebenar. Dan dalam senyap dia mulai jatuh cinta pada gadis yang di cintai adik kembarnya.Nazrin kebingungan, adakah dia perlu menyimpan rasa itu sedalam-dalamnya?
“Korang bincang apa ni??”soal Syazrin berminat.Faez pantas menjawab
“Pasal sketsa Valentine, kitaorang nak masuk.”Syazrin ketawa.
“Sorry, but seriously you guys think you guys can beat Mia and Shah?”soal Syazrin secara halus.
“Well, Mr. Shahril, selagi tak di cuba, tiada siapa yang tahu.”balas Faez dengan kepetahannya bercakap.Danish Faez, pelajar jurusan perundangan yang menduduki carta Dekan setiap semester tidak kurang hebatnya.Segala lontaran ideanya boleh diterima pakai walaupun dalam keadaan terdesak.Sifat tenang dan penyabarnya menyebabkan dia secara tidak langsung berupaya mengawal keadaan ketika demonstrasi menentang Majlis Perwakilan Pelajar tidak lama dahulu.Syazrin tersenyum sinis.
“So you guys seriously want to beat Mia and Shah? Well, I would like to see it coming truth.Okeylah Nat.Syaz kena pergi practice.Love you.” Firdaus Affendi mulai mempamerkan reaksi tak senang.
“Hey, Syazrin, remember, best team wins!”Jerit Firdaus dari jauh. Nina hanya membisu.
“Nina, takkan kau nak biar je Syazrin perlekehkan kita?”soal Ayuni Ezrina, pelajar jurusan Grafik. Nina tersenyum manis. Mereka berlima mengerti erti senyuman itu.
“What do you have in mind, cik Nurnina Natrah?” soal Faez. Nina masih dengan senyumannya, matanya mengerling kearah Nazrin yang sedang berkhayal. Bahu jejaka tampan itu di singgul.
“Kita akan beat Mia Cinta Shah!”laung jejaka itu. Mereka ketawa melihat aksi spontan Nazrin.
“Yup!Tahun ni Mia Cinta Shah bukan lagi juara sketsa Valentine, tapi kita!”laung mereka bersemangat.
“Guys nak beat orang tu, skrip kita dah ada belum?Casting cukup tak?Siapa lead female and male?” soal Faez mempamerkan rasionalnya.
“Skrip already taken care of.Tengok la ni,” Nina pantas mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Alia memeluk Nina dan mencium pipi teman baiknya itu.
“Dah la Lia, malu la...Okey, tajuk cerita ni ILY. And the lead girl name is Illy. The hero is Syazwan. All we need is lead female and male.Yang lain I think already taken care of, Daus?”soal Nina. Firdaus mengangguk. Itulah Firdaus Affendi, biarpun kadangkala agak kelam kabut, namun dialah yang boleh diharapkan. Putera jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
“Okeyla, nothing more??Aku nak pergi kelas dulu...Jumpa korang nanti,” ucap Nazrin. Beg sandang yang berisi notebooknya dicapai dan langkah diatur terus ke Fakulti Sains Komputer.

0 Perutusan:

Pembaca