Cinta itu milik bersama...
“Aii, seingat abang lakan, Naz belajar komputer bukan sastera...”
“Abang, dah berapa lama abang suka dekat kak Suria?” soal Nazrin. Naqiuddin tersenyum sebelum membuka cerita.
“Abang dah lama sukakan dekat Suria.”
“Mama tahu?”soal Nazrin lagi. Matanya merenung wajah abangnya. Naqiuddin tersenyum namun sesaat kemudian senyuman itu mati.
“Mama tahu, papa pun sama. Dan papa dah warning abang, jangan nak malukan dia.” Nazrin mempamerkan riak tak puas hati.
“ Cinta bukan untuk dipaksa. Kita tak boleh paksa untuk melupakan seseorang yang kita cintai.” Naqiuddin terdiam. Kata-kata adiknya itu meresap kedalam hatinya.
“Abang, baik papa, mahupun mama tak kenal siapa kak Suria tu.” Naqiuddin memandang adiknya.
“What do you mean, Naz?” Suria yang baru saja melangkah untuk menghantar minuman kepada mereka berdua terhenti.
“ NZGraphics. Dimiliki oleh Suri Amani Nazrul Adha. Kak Suria adalah pewaris tunggal Nazrul Adha.” Dulang ditangan Suria terlepas. Bunyi kaca itu menarik minat semua orang. Kedengaran suara Tan Sri Rashidi meninggi. Naqiuddin dan Nazrin segera berlari ke pintu. Suria kaget. Tangannya segera mengutip serpihan kaca. Perlakuannya terhenti. Darah menitik laju. Kesakitan menjalar ke seluruh tangannya. Naqiuddin segera mencapai tangan Suria dan menariknya ke Laman Impiana. Sehelai sapu tangan di keluarkan dan tangan Suria dibalut. Haqimi menjengah dari beranda.
“Is everything okey abang Naqi?” soalnya. Naqiuddin membalas,
“Qimi tolong tengokkan tangan Suria ni.” Haqimi segera berlari turun. Suara Tan Sri Rashidi bertanya kedengaran. Haqimi menjawab sekadarnya dan terus keluar. Syazrin dan Damia dilupakan. Tangan Suria diperiksa.
“ The wound is deep, better abang bawa dia pergi klinik,” saran Haqimi. Naqiuddin mengangguk, baru saja dia mahu melangkah untuk mengambil kunci keretanya dia terperasan kereta Syazrin dibelakang keretanya.
“Abang Naqi, biar Naz drive, kereta Naz dekat luar je,” tawar Nazrin. Naqiuddin akur. Dibantu Suria berdiri dan mereka bertiga berjalan ke kereta MyVi hitam milik Nazrin. Nazrin memandu MyVi-nya ke klinik berdekatan.
“ Morning, ma…” ucap Nazrin pagi itu. Puan Sri Syahirah mencium pipi anak lelaki bongsunya itu.
“Morning, Naz. Awal bangun hari ni?”soal Puan Sri Syahirah. Nazrin tersengih sebelum menjawab,
“ Ni macam selalu la Naz bangun dekat rumah sewa kitorang tu...Setiap hari Naz yang kena buat breakfast la ma...” Nazrin memeluk bahu mamanya sebelum mencium pipi mamanya. Dia duduk dimeja dan terus menikmati sarapan pagi. Sebaik saja dia selesai memakan sarapan, telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum, Faez...Hah ada apa ni sampai salam pun tak menyempat nak bagi?” soal Nazrin.





0 Perutusan:
Post a Comment